Wednesday 27 April 2011

CONDO 900

Swimming pool Condo 900
Semalam saya berpeluang menginap di rumah kakak ipar di Condo 900, Bandar Darulaman, Jitra. Rekabentuk Condo 900 yang hanya 5 tingkat ini agak unik dan menarik. Swimming pool terletak di tengah dan di kelilingi oleh unit-unit condo. Manakala rekaan dalamannya agak luas dan ada beberapa duplex unit. Condo 900 ini dibina oleh Darulaman Realty Sdn Bhd iaitu pemaju perumahan untuk Bandar Darulaman. Secara keseluruhan, saya agak berpuashati dengan fiinshing dan workmanship condo ini berbanding condo-condo di Kuala Lumpur yang mana harganya jauh lebih mahal tetapi kualiti dan rekabentuk tidak begitu baik. Rasanya pilihan yang sesuai untuk kakak ipar dan suaminya yang tinggal bersama seorang anak dan condo ini hanya beberapa km sahaja dari tempat kerja mereka. (Kualiti gambar iphone)


Ruang makan

Dapur yang luas


Ruang tamu 


Ruang tv dan santai (gambar diambil dari balkoni)

1 comment:

  1. Dear Rosman,

    I am looking for the mentioned home-stay condo 900 in Jitra.

    Can you send me telephone number to call them?

    Thanks

    ReplyDelete